06.12.2014 Laman Sensawang berwajah baru ini dilaksanakan bagi percubaan menaik taraf lagi laman sensawang sedia ada ke domain yang lebih baik. InsyaAllah awal tahun 2014 perancangannya domain akan dinaik taraf kepada skfsa.com atau skfsa.edu.my.. insyaAllah.
20-21.01.2013 Makmal Komputer dicat di bahagian luar dan dalam serta dipasang banner Selamat datang. Baikpulih Makmal Komputer ini bagi peringkat permulaan menarik minat ramai guru & pelajar menggunakan makmal dan menceriakan suasana persekitaran yang lebih bersih & menarik.
01.08.2013 Pemasangan 21 port komputer lama sedia ada dianjakkan ke belakang dengan membuat pemindahan port ke bahagian belakang makmal komputer. Pemindahan port dilakukan oleh GBP SKFSA sendiri bagi tujuan mengekalkan penggunaan perhubungan rangkaian internet luas dan hubungan dengan satu unit PC server LINUX lama yang masih berfungsi dengan baiknya. Berikut link gambar di sini menunjukkan kerja-kerja pemindahan 23 port ke bahagian belakang Makmal Komputer. Pemasangan telah selesai dilakukan dan kini jumlah keseluruhan port untuk capaian internet di Makmal Komputer SKFSA adalah sebanyak 46 port. Iaitu 23 port yang baru menggunakan laluan 1BestariNet PC baru dan 23 port lama yang dikekalkan ini menggunakan laluan TM Streamix. Allahualam.. gambar..
30.07.2013 Pemasangan 21 Unit komputer baru fasa 1, menggunakan 23 port, dipasang di bahagian hadapan makmal komputer. Pemasangan dipantau PK1 dan GPB terhadap anak syarikat Bitara Sdb Bhd yang bertanggungjawap membuat pemasangan penuh. Proses pemasangan memakan masa sehari seawal jam 9 pagi sehingga 7 petang. Pemasangan termasuk setup bahagian server utama, pendawaian UTP cable 23 port, 20 unit komputer pelajar, 1 unit komputer guru, termasuk setup rangkaian semua komputer ke server dan internet. Alhamdullilah kini 21 unit komputer baru tersedia untuk digunakan guru-guru dalam proses PnP bersama pelajar SKFSA di Makmal Komputer. Gambar..
29.07.2013 Unit ICT, SKFSA telah membuat laman sensawang barunya dengan domain www.skfsa.jimdo.com. Laman sensawang SKFSA ini bertujuan bagi penyampaian dan perkongsian maklumat bersama para penggunjung terutamanya pepada semua ibubapa, murid-murid, guru-guru, dan pihak pengurusan SKFSA sendiri. Walaubagaimana pun pengunjung luar juga digalakkan untuk bersama berkongsikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan bersama di laman web ini. Terima kasih.
23.07.2017 11 buah komputer lama di Makmal Komputer dibuka dan di periksa status perkakasan tersebut samaada boleh dugunakan atau telah rosak. Kerja-kerja pemeriksaan telah selesai & laporan akan dibuat kemudian. Peralatan -yang telah diperiksa tersebut diletakkan di dalam bilik stor peralatan ICT SKFSA di Makmal Komputer. Makmal komputer seterusnya dibersihkan dan disusunatur semula kedudukannya untuk laluan pemasangan 21 unit komputer baru yang telah diterima semalam pada masa terdekat ini. InsyaAllah.. Gambar.
22.07.2017 KPM telah menghantar peralatan baru perkakasan komputer pada pagi ini. Peralatan yang dihantar termasuklah sebuah server, 22 buah screen komputer, UTP cable, salur PVC, hub, dlink, headfone, keybord, mouse dan perkakasan lainnya yang berkaitan. GB & GPB telah menyemak semua peralatan yang diterima mencukupi sepertimana dalam senarai yang dikehendaki. Kini pihak pengurusan menunggu syarikat lain yang akan datang bagi melaksanakan tugas pemasangan sepertimana dirancangkan. InsyaAllah.. Gambar.